Monday 17 October 2011

MINIT MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI (Lampiran 1)

LAPORAN SETIAUSAHA

A. KURSUS DAN SEMINAR

1. Setiausaha akan menghadiri Majlis Taklimat Koperasi anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Angkasa dan Maktab Kerjasama Malaysia yang akan diadakan pada 27 hingga 28 April 2011 di Glory Beach Resort Port Dickson.

2. Setiausaha telah menghadiri Kurusu Wajib ANGKASA Siri 1 pada 17 hingga 19 April di Le Paris-International Hotel, Port Dickson.

3. Setiausaha telah menghadiri Seminar "Model Baru Ekonomi (MBE) - Kunci Pengukuhan Gerakan Koperasi"pada 21 hingga 22 Februari 2011 di Klana ResortSeremban, Negeri Sembilan.

4. Pengerusi telah menghadiri majlis Pelancaran Hari Koperasi Sekolah peringkat kebangsaan di Kuanta, Pahang pada tahun ini.

5. Pengerusi telah mengikuti Kursus Membuat Kek dan Pastri anjuran Maktab Kerjasama Malaysia pada tahun lalu.


B. AKTIVITI GABUNGAN KOPERASI SEKOLAH- SEKOLAH NEGERI SEMBILAN

1.Mengambil bahagian dalam Hari Koperasi Sekolah peringkat Negeri Sembilan 201 di SMK Seremban Jaya dengan membuka gerai jualan makanan.

2. Menambah saham sebanyak RM 1 500.00 menjadikan jumlah saham sekolah RM 2 000.00.

3. Menghadiri Mesyuarat Agung Gabungan Koperasi Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan.

3. Membeli Buku Penilaian Kokulikulum dan jus minuman yang dijual oleh gabungan.


C. PERSIDANGAN ANGKASA

1. Menghantar seorang wakil ke Persidangan ANGKASA peringkat Negeri Sembilan, 2010.
2. Menghantar tiga orang wakil ke Persidangan ANGKASA peringkat kebangsaan, 2010.


D. SUMBANGAN KEWANGAN

1. Memberi sumbangan kewangan kepada Kelab Guru sempena Sambutan Hari Guru 2010.
2. Memberi sumbangan kewangan kepada Unit Peperiksaan dan Penilaian.
3. Memberi sumbangan kewangan kepada Persatuan dan Kelab.
4. Memberi sumbangan kewangan kepada Panitia Mata Pelajaran.


E. LAIN-LAIN

1. Menghantar pasukan Petanque ke Pertandingan Petanque peringkat Negeri Sembilan anjuran ANGKASA pada tahun imi dan tahun lalu. (Pencapaian: juara kumpulan)

2. Kelab Koperasi dan Pengguna telah mendapat Naib Johan peringkat Negeri Sembilan pada tahun ini dalam Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna anjuran Pejabat Perdangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan.

3. Pengerusi telah membeli 10 set bola petanque yang bernilan RM 3 000.00 pada tahun lepas dan bercadang untuk membeli 2 set lagi agar boleh digunakan pada program 1 Murid 1 Sukan.

No comments:

Post a Comment