Monday 17 October 2011

MINIT MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI (Lampiran 1)

LAPORAN SETIAUSAHA

A. KURSUS DAN SEMINAR

1. Setiausaha akan menghadiri Majlis Taklimat Koperasi anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Angkasa dan Maktab Kerjasama Malaysia yang akan diadakan pada 27 hingga 28 April 2011 di Glory Beach Resort Port Dickson.

2. Setiausaha telah menghadiri Kurusu Wajib ANGKASA Siri 1 pada 17 hingga 19 April di Le Paris-International Hotel, Port Dickson.

3. Setiausaha telah menghadiri Seminar "Model Baru Ekonomi (MBE) - Kunci Pengukuhan Gerakan Koperasi"pada 21 hingga 22 Februari 2011 di Klana ResortSeremban, Negeri Sembilan.

4. Pengerusi telah menghadiri majlis Pelancaran Hari Koperasi Sekolah peringkat kebangsaan di Kuanta, Pahang pada tahun ini.

5. Pengerusi telah mengikuti Kursus Membuat Kek dan Pastri anjuran Maktab Kerjasama Malaysia pada tahun lalu.


B. AKTIVITI GABUNGAN KOPERASI SEKOLAH- SEKOLAH NEGERI SEMBILAN

1.Mengambil bahagian dalam Hari Koperasi Sekolah peringkat Negeri Sembilan 201 di SMK Seremban Jaya dengan membuka gerai jualan makanan.

2. Menambah saham sebanyak RM 1 500.00 menjadikan jumlah saham sekolah RM 2 000.00.

3. Menghadiri Mesyuarat Agung Gabungan Koperasi Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan.

3. Membeli Buku Penilaian Kokulikulum dan jus minuman yang dijual oleh gabungan.


C. PERSIDANGAN ANGKASA

1. Menghantar seorang wakil ke Persidangan ANGKASA peringkat Negeri Sembilan, 2010.
2. Menghantar tiga orang wakil ke Persidangan ANGKASA peringkat kebangsaan, 2010.


D. SUMBANGAN KEWANGAN

1. Memberi sumbangan kewangan kepada Kelab Guru sempena Sambutan Hari Guru 2010.
2. Memberi sumbangan kewangan kepada Unit Peperiksaan dan Penilaian.
3. Memberi sumbangan kewangan kepada Persatuan dan Kelab.
4. Memberi sumbangan kewangan kepada Panitia Mata Pelajaran.


E. LAIN-LAIN

1. Menghantar pasukan Petanque ke Pertandingan Petanque peringkat Negeri Sembilan anjuran ANGKASA pada tahun imi dan tahun lalu. (Pencapaian: juara kumpulan)

2. Kelab Koperasi dan Pengguna telah mendapat Naib Johan peringkat Negeri Sembilan pada tahun ini dalam Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna anjuran Pejabat Perdangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan.

3. Pengerusi telah membeli 10 set bola petanque yang bernilan RM 3 000.00 pada tahun lepas dan bercadang untuk membeli 2 set lagi agar boleh digunakan pada program 1 Murid 1 Sukan.

MINIT MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI (Laporan)


MINIT MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI
KOPERASI SMK TAMAN TUANKU JAAFAR SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
BIL  1/2011

Tarikh: 26 Aprtil 2011
Masa: 2.00 petang
Tempat: Balai Konferensi, SMK Taman Tuanku Jaafar

Kehadiran:
  1. Tn. Omar bin Ahmad –Pengerusi
  2. Pn. Hjh. Zainab binti Mohd. Nasir- Naib Pengerusi 
  3. Pn. Hjh. Ruzita binti Moharad- Setiausaha
  4. Pn. Norhanisah binti Che Mat- Bendahari
  5. Pn. Jarayah binti jais- Pengurus Belian
  6. Pn. Noridah binti Noordin- Pengurus Jualan
  7. Muhammad Amirun Ikhwan- AJK
  8. Rhafain bin Ismail- AJK
  9. Muhammad Iqmal fahmi AB Kadir- AJK
  10. Rhafarren bin Ismail- AJK
  11. Muhammad Aizat bin Azlan- AJK
  12. Nur Shahlizah Aimi Ahmad Suhaimi- AJK
  13. Nur Atiqah binti Othman- AJK
  14. Amira Shafiwa binti Amran- AJK
  15. Liyana Syamimi binti Jasni- AJK

 1.0 Ucapan Alu-aluan Pengerusi

1.1 Tuan Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua AJK dan mengucapkan terima kasih.
1.2 Koperasi menjadi "landmark" sekolah kerana terletak di bahagian hadapan bangunan sekolah. Keceriaan dan mural di koperasi perlu ditukar dan dicat semula.
1.3 Pengerusi juga menyatakan pada dasarnya sekolah tidak dibenarkan membuat pembelian barang dari koperasi, tetapi sekiranya koperasi dapat membekalkan barang yang lebih murah dari harga di luar, sekolah boleh berbuat demikian.
1.4 Mulai tahun depan, pengerusi akan menguatkuasakan pemakaian baju T sekolah kepada semua pelajar yang memasuki kawasan sekolah. Koperasi diminta menjual baju T berlengan panjang bagi kegunaan pelajar perempuan.


2.0 Mengesahkan Minit mesyuarat Yang Lalu

2.1 Pn. Jarayah binti Jais mencadangkan agar minit mensyuarat yang lalu.
2.2 Pn. Noranisah binti che Mat menyokong cadangan tersebut.


3.0 Membincangkan Perkara-perkara Berbangkit

3.1 Merujuk perkara 3.5, Pengerusi mencadangkan agar pihak koperasi membincangkan dengan Pusat Pungutan Zakat Negeri Sembilan agar sebahagian wang zakat koperasi disalurkan semula kepada sekolah, khususnya kepada surau.
(Tindakan: Bendahari)


4.0 Laporan Setiausaha

4.1 Setiausaha membaca laporan. (Lampiran 1)
4.2 Pengerusi menyatakan bahawa koperasi boleh menyumbang sehingga RM 5 000 kepada sekolah kerana koperasi tidak membayar sewa kepada sekolah.
4.3 Sumbangan boleh dalam bentuk pembinaan wakaf, kolam atau keceriaan sekolah.


5.0 Laporan Bendahari

5.1 Bendahari melaporkan kedudukan kewangan setakat ini ialah:

Kutipan bulan januari hingga Mac ialah RM 61 000.00
Jumlah pembayaran yang telah dibuat ialah RM 57 000.00
Pada 31 Mac 2011 jumlah wang di bank adalah RM 33 609.72


6.0 Laporan Pengurus Jualan dan Belian

6.1 Pn Jarayah Jais membaca laporan. (Lampiran 2)
6.2 Pada  dasarnya pengerusi bersetuju untuk pembinaan garaj kereta menggunakan tabung pembiayaan SKMM. Kajian keperluan perlu dibuat terlebih dahulu.
6.3 Pembinaan rak buku baru dan masalah anai-anai di koperasi boleh diatasi dengan menggunakan duit koperasi.
6.4 Pengerusi mencadangkan agar gelanggang Petanque dimanfaatkan dan mesyuarat meluluskan pembelian dua set bola petanque.
6.5 Baju T sukan harus dibuat mengikut cita rasa pelajar. pengerusi menyarankan koperasi melihat contoh-contoh baju T yang dikeluarkan oleh syarikat sukan seperti Adidas, Puma dan sebagainya.
6.6 Mulai tahun depan, pelajar diwajibkan mengenakan baju T sekolah sahaja apabila berada dalam kawasan sekolah.



7.0 Pertukan Penanda Tangan Cek Koperasi

7.1 Kuasa menandatangani cek koperasi adalah mana-mana dua orang seperti di bawah:

  1. Pengerusi (Omar bin Ahmad) KP: 611111-04-5221
  2. Bendahari ( Norhanisah binti Che Mat) KP 690705-03-5424
  3. Setiausaha (Ruzita binti Moharad) KP 670608-01-5570

8.0 Hal-hal Lain

8.1 Pengerusi memberitahu tentang pemurnian blog yang akan diadakan pada 7 Mei 2011 de mada koperasi sekolah juga perlu membina sebuah blog/
8.2 Tarikh tentatif mesyuarat agung ialah 12 Oktober 2011.
8.3 Hari Koperasi Sekolah akan disambut pada bulan Jun


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.03 petang.